Asal Usul Nama Melaka


  • Melaka mendapat nama daripada nama pokok Melaka, tempat Parameswara berehat
  • Semasa berburu, Parameswara menyaksikan satu peristiwa aneh, iaitu pelanduk yang kecil telah menendang anjing perburuannya
  • Oleh itu tempat tersebut dipilih untuk mendirikan kenderaan
  • Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedangan Arab
  • Mereka memanggil Melaka sebagai "Mulaqah" yang bermaksud pertemuan
  • Melaka juga disebut sebagai "Malakat" iaitu perhimpunan segala dagang
  • Nama Melaka diambil daripada sepohon pokok. Pokok Amalaka yang pertama tumbuh di alam semesta
  • Pokok tersebut mempunyai kuasa ajaib

Sejarah Negeri Sembilan



  • Terdiri daripada gabungan sembilan buah daerah atau luak, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi dan Jempul
  • Kehadiran orang Minangkabau ke Naning, Sungai Ujong dan Rembau
  • Empat daerah kepunyaan penduduk asli iaitu Sungai Ujong, Klang, Jelebu dan Johol.
  • Daerah ini berada di bawah kerajaan Melaka
  • Kejatuhan Melaka di tangan Portugis, kekuatan pengaruh Bugis di Johor serta bermulanya kesultanan Bugis di Selangor telah menyebabkan Negeri Sembilan tidak aman
  • Keadaan ini mendorong penghulu-penghulu memohon kepada Sultan Johor mendapatkan seorang anak raja dari Pagar Ruyong

Sejarah Selangor



  • Nama diperoleh dari Sungai Selangor
  • Sultan Selangor berasal daripada orang Bugis yang mendirikan petempatan di Kuala Selangor dan Kuala Linggi
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, daerah Jeram, Klang, Langat dan Kuala Selangor di bawah jajahan Melaka
  • Tun Perak telah dilantik sebagai penghulu oleh orang Klang
  • Pada kurun ke-17, orang Bugis telah mendiami kawasan pantai Selangor 
  • Klang berada di bawah kuasa Orang Besar Klang
  • 1760, Orang Besar Klang menghadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir Sungai Selangor
  • Kedudukan orang Bugis semakin kukuh menjelang kurun ke-18

Sejarah Terengganu



  • Menurut Sultan Umar, nama Terengganu bermula dengan sebutan taring anu
  • Mucul sekitar tahun 1700 hingga 1703 dengan pelantikan Tun Zainal Abidin  Paduka Maharaja
  • Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Johor ketika itu kerana mempunyai hubungan persaudaraan
  • Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah 1
  • Muncul sebagai pusat pelabuhan pedalaman yang penting
  • Barang yang diperdagangkan ialah lada hitam, emas dan bijih timah
  • Hasil keluaran berjumlah 30000 dolar Sepanyol
  • Menjalin hubungan persaudaraan dengan Siam
  • Sultan Mansor Shah 1 menghantar bunga emas sebagai tanda persahabatan

Sejarah Kelantan


  • Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan ( Sejarawan China, Shen-Yau dari Dinasti Tang)
  • Gabungan kolam dengan autam yang kemudiannya menjadi kolantam dan akhirnya menjadi Kelantan
  • Juga dikenali dengan panggilan Negeri Cik Siti Wan Kembang
  • Raja Long Yunus berjaya menyatukan Kelantan
  • Raja Long Yunus memindahkan ibu kota Kelantan dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu
  • Pertelingkahan Raja Long Yunus dengan Sultan Terengganu
  • Selepas kemangkatan Long Yunus, Kelantan diserang oleh Terengganu. Terengganu dibantu oleh Patani dan Kelantan tewas
  • Long Muhammad berjaya membebaskan Kelantan daripada tawanan Terengganu. Baginda mengisytiharkan dirinya Sultan Muhammad 1



Sejarah Perak


  • Dikaitkan dengan sejenis logam, iaitu perak
  • Nama Perak diambil sempena nama Sungai Perak di Chegar Galah yang terdapat ikan berwarna putih seperti perak
  • Sejarah Melayu dan Salasilah Perak mengatakan Kesultanan Perak diasaskan setelah Tun Saban menghadap Sultan Mahmud Shah untuk memohon seorang putera baginda dirajakan di Perak
  • Baginda menghantar Sultan Muzaffar Shah yang membawa bersama alat kebesaran Cura Si Manjakini
  • Pusat pemerintahan terletak di Tanah Abang
  • Terkenal dengan perdagangan bijih timah
  • Menjadi naungan Acheh pada 1575



Sejarah Pahang


  • Kerajaan Pahang wujud pada akhir kurun ke-9 atau awal kurun ke-10
  • Orang Cina mengenali Pahang dengan sebutan Phang atau Pahangh menurut rekod China
  • Penulis Cina, Chau Ju Kua mencatatkan Pahang sebagai Phang Fong ( 1225 )
  • Pong Fong dikatakan menjadi kerajaan yang bernaung di bawah Kerajaan Palembang
  • Orang Arab pula menyebut Pahang sebagai Fahan
  • Menurut cerita lagenda, negeri Pahang mendapat nama daripada sebatang pokok Mahang
  • Pokok tersebut terletak di persimpangan Sungai Pahang di Kampung Kembahang
  • Pahang dikenal sebagai Pura menurut Sejarah Melayu
  • Raja Muhammad telah ditabalkan sebagai Sultan Pahang oleh Sultan Mansur Syah dari Melaka
  • Baginda memakai gelaran Sultan Muhammad Syah
  • Oleh itu bermulalah keturunan Melaka menguasai kerajaan Pahang
  • Pahang telah dikuasai oleh Yamtuan Muda Johor, iaitu Raja Bajau dari tahun 1641 hingga 1673
  • Oleh itu berakhirnya pemerintahan Pahang daripada keturunan Melaka
  • Kemudian Pahang dikuasai oleh Bendahara Johor setelah berlakunya pepecahan dalam kerajaan Johor



Sejarah Kedah


  • Nama asal Kedah ialah Cheh-Cha, Kataha, Kalagam atau Kadaram.
  • Kedah dibahagikan kepada tiga pusat pentadbiran iaitu Kota Palas, Langkawi dan Kota Ulu
  • 1735, Kota Setar dipilih sebagai pusat pentadbiran yang baru
  • Kemudiannya wujud bandar Alor Setar yang menjadi ibu negeri Kedah sekarang
  • Kedah mempunyai kedudukan yang strategik 
  • Kedah dapat menarik pedagang asing datang berdagang
  • Kedah perlu mendapat sokongan daripada Siam bagi menjamin keselamatan
  • Kedah telah menghantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan
  • Kedah diserang oleh Acheh di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1619
  • Sultan Kedah berundur ke Perlis lalu meminta bantuan daripada Siam
  • 1767, Raja Hsinbysin dari Burma telah menawan Ayuthia ( Siam )
  • Penawanan Ayuthia oleh Burma telah mengancam kedudukan Kedah
  • Sultan Kedah terpaksa menghantar ufti kepada Burma untuk mengelakkan serangan
  • Orang Bugis di bawah pimpinan Raja Haji membantu kerabat diraja Kedah merampas kuasa daripada Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771
  • Sultan Muhammad Jiwa terpaksa berundur ke Kangar
  • Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan daripada Inggeris
  • Sultan Muhammad Jiwa memerlukan bantuan ini kerana baginda ingin mendapatkan semula kuasanya di Kedah
  • Inggeris tidak memberikan bantuan kepada baginda
  • 1821, Siam telah menawan Kedah kerana Kedah enggan akur kepada Siam dan hubungan baik antara Kedah dan Inggeris
  • Sultan Ahmad Tajudin bersama pembesar dan pengikutnya telah berundur ke Pulau Pinang
  • Pembesar Kedah menyusun strategi untuk menyerang tentera Siam di Kedah dari Pulau Pinang
  • 1842, Kedah mendapatkan semula kemerdekaan dari Siam





Kerajaan Maritim

  • Kerajaan maritim terletak di pesisiran pantai
  • Kegiatan terpenting kerajaan maritim ialah perdagangan
  • Pelabuhan ini mempunyai kedudukan strategik serta pelbagai kemudahan untuk pedagang asing.
  • Antara keperluan asas yang disediakan di pelabuhan termasuklah bekalan makanan dan minuman, tempat persinggahan, tempat menyimpan barang, kawasan berniaga, dan ruang membaiki kapal.
  • Kebanyakan kerajaan maritim terletak di muara sungai. Kawasan ini merupakan kawasan penempatan penduduk.


CANDI LEMBAH BUJANG
PETA KERAJAAN MAJAPAHIT


PETA KERAJAAN SRIVIJAYA

Tokoh-tokoh Yang Berjasa

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

  • Beliau dilahirkan di Kedah pada tahun 1903 
  • Beliau mendapat pendidikan di England dalam bidang undang-undang
  • Sumbangan terbesar beliau adalah berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara kita daripada kerajaan British
  • Beliau telah mengetuai rombongan ke London untuk kemerdekaan
  • Tunku menjadi Perdana Menteri negara kita yang pertama dari tahun 1957 hingga 1970
  • Beliaulah yang mencadangkan penubuhan Malaysia



TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN

  • Beliau di lahirkan di Pulau Keladi, Pahang pada tahun 1922
  • Tun Abdul Razak berkelulusan undang-undang dari London pada tahun 1949
  • Pada tahun 1957, Tun Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri yang pertama
  • Beliau banyak melaksanakan pembangunan negara melalui Rancangan Dasar Ekonomi Baru
  • Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970
  • Oleh sebab itu, beliau digelar 'Bapa Pembangunan Malaysia' 



DATO' ONN JA'AFAR

  • Beliau dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 1895, dan mendapat pendidikan di England selama 8 tahun
  • Beliau mencadangkan diadakan Kongres Melayu pada 1 hingga 4 Mac 1946
  • Dato' Onn ialah pengasas penubuhan UMNO pada tahun 1946 dan menjadi presidennya yang pertama
  • Kejayaan UMNO menggagalkan Malayan Union yang menjadi perintis ke arah kemerdekaan negara

Kepentingan Sejarah

  • Lahir rasa bangga
  • Menjadi iktibar
  • Menghargai sumbangan tokoh 
  • Menjadi pendorong kejayaan
  • Membentuk peribadi 


TUJUAN MEMPELAJARI SEJARAH

  1. Kita akan dapat memperolehi banyak pengetahuan
  2. Kita boleh membuat penilaian, mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa, serta sebab dan akibatnya
  3. Kita dapat mengetahui sejarah tamadun awal bangsa
  4. Kita dapat melahirkan perasaan jati diri yang tinggi serta membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia
  5. Kita dapat mempelajari tokoh negara yang telah menyumbang khidmat bakti untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
  6. Kita akan bersikap berhati-hati agar kesilapan masa lalu tidak berulang lagi

Istilah Sejarah


  • Abad / Kurun - Jangka masa seratus tahun
  • Dekad - Jangka masa sepuluh tahun
  • Era - Jangka masa tertentu dalam sejarah
  • Alaf - Jangka masa seribu tahun
  • Kronologi - Susunan peristiwa menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan
  • Purba - Zaman dahulu, masa
  • Sumber primer - Bahan asal yang pertama, atau yang utama
  • Sumber sekunder - Bahan yang kedua, atau tidak lagi utama
  • Prasejarah - Pengetahuan mengenai masa sebelum sejarah tertulis, zaman purbakala
  • Beliung - Alat yang matanya lebih kecil daripada mata kapak dan melintang letaknya
  • Pelabuhan entrepot - Bandar pelabuhan yang menjadi tempat mengimport dan mengeskport semula barang-barang dagangan
  • Mitos - Cerita tentang dewa-dewa dan orang atau makhluk luar biasa zaman dahulu yang dianggap oleh sesetengah golongan masyarakat sebagai kisah benar
  • Ufti - Wang atau emas dan perak yang wajib dibayar kepada raja atau negara yang berkuasa


Sejarah Nama Kulim

NAMA ASAL KULIM

  • Kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani.
  • Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat.
  • Nama Asal Bandar "Kulim" mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil "Kulim" (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.





SEJARAH BANDAR KULIM

  • Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani.  
  • Menjelang pertengahan abad ke 19 Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. 
  • Antara kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tebok. Lombong-lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulim ialah Taman Tunku Putra, Kg Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama. 
  • Di antara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation,Sek Men St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan. Sekolah Menengah Sultan Badlishah (1948), Balai Polis Kulim dan sebagainya. 
  • Manakala jam merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar Kulim



Tujuan Mempelajari Sejarah


TUJUAN DAN FAEDAH MEMPELAJARI SEJARAH
  • Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa
  • Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
  • Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
  • Memberi semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi keagungan negara seperti pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka
  • Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang
  • Memupuk semangat patriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air
  • Membantu membuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa
  • Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara


CIRI-CIRI SEJARAH
  • Terbahagi kepada dua fakta yang tepat dan benar
  • Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih
  • Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok tambah
  • Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
  • Contohnya penemuan arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di negara kita bermula sejak 35,000 tahun dahulu



    Definisi sejarah

    • Sejarah ialah peristiwa masa lalu yang bermakna dan dapat memberikan iktibar kepada kehidupan manusia pada hari ini. 
    • Sejarah mencatatkan juga segala kejadian dalam kehidupan atau perkembangan sesebuah masyarakat, negara dan pertubuhan. 
    • Sejarah merupakan rekod pengalaman manusia sama ada secara individu atau berkumpulan



    • Kejayaan yang diperolehi oleh seseorang dalam masyarakat setempat juga dianggap sejarah. Kejayaan tersebut merupakan satu penghargaan yang sangat bermakna dan bernilai kepada diri, keluarga dan masyarakatnya. 
    • Sejarah bukan sahaja berkaitan dengan peristiwa yang berlaku dalam sesebuah negara, tetapi sejarah boleh juga melibatkan seseorang individu. 
    • Setiap peristiwa sejarah mestilah berdasarkan fakta yang telah dibuktikan sebagai tepat dan sahih.