Sultan Alaudin Riayat Syah


  • Seorang sultan yang menjalankan tugas dengan cekap dan berani
  • Baginda memerintah dari tahun 1477 hingga tahun 1488 dan mentadbirkan negeri Melaka dengan berkesan
  • Undang-undang dilaksanakan dengan tegas
  • Kadang kala baginda bersama seorang dua pengiring keluar menyamar diri pada waktu malam
  • Baginda tidak bergantung pada laporan pegawai-pegawai sahaja
  • Sultan Alaudin mendirikan pondok kawalan di simpang jalan. Penduduk Melaka boleh mengadu hal dengan senang dan berasa selamat
  • Contoh pemerintahan Sultan Alaudin ini menunjukkan kemajuan pentadbiran kerajaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

Tun Perak

  • Tun Perak adalah pembesar Melaka yang terkenal
  • 1456 Tun Perak menjadi Bendahara Melaka
  • Kebijaksanaan menyerlah setelah menjadi Bendahara Melaka
  • Keberanian terbukti apabila Tun Perak mengetuai serangan ke atas Pahang
  • Pahang di bawah naungan Siam telah dapat dikalahkan
  • Tun Perak merupakan pemimpin yang amat setia kepada raja
  • Tun Perak tidak menderhaka atau menuntut bela atas pembunuhan anaknya Tun Besar oleh Raja Muhammad
  • Tun Perak tidak melantik Raja Muhammad sebagai pengganti Sultan Melaka
  • Raja Muhammad telah dihantar ke Pahang


Sultan Melaka



  • Parameswara  ( Iskandar Syah ) (1400 hingga 1414)
  • Sultan Megat Iskandar Syah (1414 hingga 1424)
  • Sultan Muhammad Syah (1424 hingga 1444)
  • Sultan Abu Syahid (1445 hingga 1459)
  • Sultan Muzaffar Syah (1459 hingga 1477)
  • Sultan Alauddin Riayat Syah (1477 hingga1488)
  • Sultan Mahmud Syah (1488 hingga1511)
  • Sultan Ahmad Syah (1511 hingga1513)

Hukum Kanun Melaka

  • Tanggungjawab raja dan pembesar
  • Hukum jenayah dan hal awam
  • Undang-undang keluarga
  • Larangan-larangan diraja misalnya larangan menggunakan bahasa istana di kalangan rakyat
  • Undang-undang Islam dan hukum adat


  • Hal di laut iaitu kedudukan pegawai di atas kapal semasa pelayaran
  • Kuasa pegawai-pegawai
  • Hukum pembahagian hak perniagaan
  • Hukum dan larangan dalam pelayaran
  • Dipengaruhi oleh undang-undang Islam dan hukum adat

Faktor Penyebaran Islam




  • Pedagang asing memeluk Islam di Melaka dan apabila pulang mereka mengembangkan Islam kepada keluarga dan rakan
  • Puteri-puteri Sultan mengahwini raja negeri lain menyebabkan negeri-negeri diislamkan
  • Negeri yang ditakluk menerima Islam sebagai agama rasmi dan rajanya memeluk Islam demi keselamatan, mengharapkan hubungan perdagangan dengan Melaka lebih lancar
  • Melaka menghantar ulama untuk berdakwah dan mengajar agama Islam
  • Askar upahan Jawa yang berkhidmat di Melaka memeluk Islam dan apabila pulang mereka menyebarkan Islam di kalangan keluarga
  • Galakan pemerintah Melaka membantu perkembangan Islam

Perkembangan Melaka

  • Kedudukan yang strategik
  • Perairannya yang dalam sesuai sebagai pelabuhan
  • Pentadbiran yang cekap dan tersusun
  • Pelaksanaan undang-undang yang kemas
  • Pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu Sistem Cukai Berkeutamaan
  • Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan
  • Peluasan wilayah Melaka dapat menambahkan kegiatan perdagangan
  • Penggunaan mata wang
  • Kemudahan yang banyak untuk pedagang





Kedatangan Portugis

  • Portugis kuasa pertama meneroka seberang laut
  • Vasco Da Gama sampai ke Goa pada tahun 1498
  • Sebab-sebab kedatangan Portugis ke Melaka ialah Gold, Gospel and Glory
  • Tujuan untuk menyebarkan agama Kristian, menguasai perdagangan rempah dan meluaskan tanah jajahan sebagai kemegahan
  • Lopez de Sequeira dan rombongan sampai ke Melaka pada tahun 1509
  • Kedatangan disambut baik oleh Sultan Mahmud
  • Maklumat diperolehi daripada pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat menyatakan Portugis ingin menawan Melaka
  • Sultan Mahmud menitahkan Ruy de Araujo dan 20 orang Portugis ditangkap dan dipenjarakan
  • Lopez de Sequeira berjaya melarikan diri
  • Alfonso de Albuquerque memberi amaran
  • Beliau menuntut agar orang Portugis dibebaskan, pembiayaan ganti rugi dan membina kubu



Lagu Biru Warna



Kami anak alam insan tuhan 
Ngembara langit biru mencari ilmu
Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera
UNIUTAMA ibu yg tercinta
Kami lanjut doa usia bahagia
Kami janji ikuti pesanmu
ILMU BUDI dan BAKTI

Lagu Negaraku




Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita 
Selamat bertahta
Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita 
Selamat bertahta...

Kata-Kata Hikmah

Pesanan Cikgu

Soalan Bab 4 Ting 4


  • Apakah maksud jahiliah?
  • Nyatakan corak kehidupan sosial yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah?
  • Mengapakah amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
  • Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. disebut Tahun Gajah?
  • Nyatakan pengalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perdagangan?
  • Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w digelar al-Amin?

Soalan Bab 3 Ting 4

  • Apakah bukti yang menunjukkan perdagangan maritim telah berkembang di Asia Tenggara pada abad kelima Masihi?
  • Senaraikan faktor yang membawa kepada kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara?
  • Senaraikan tiga ciri utama kerajaan agraria?
  • Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria?
  • Mengapakah Tasik Tonle Sap penting kepada kehidupan masyarakat Angkor?

Soalan Bab 2 Ting 4

  • Mengapakah Athens memberikan tumpuan kepada kegiatan ekonomi perdagangan?
  • Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan pada zaman Vedik dalam tamadun India
  • Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian?
  • Apakah sumbangan Herodotus dalam bidang sejarah?


Tamadun Rom


  • Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah Latium
  • Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M. lembah ini telah berkembang dan menjadi penting
  • Pada abad kedua Masihi pemerintah Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar
  • Majlis Perbandaran akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom
  • Kewujudan majlis perbandaran telah membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar 
  • Antara bandar yang terkenal ialah Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan

Tamadun Yunani

  • Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean
  • Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai kota atau polis
  • Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar
  • Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana
  • Negara kota yang menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth


Tamadun Hwang Ho

  • Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning
  • Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China dan terletak di bahagian utara negara China
  • Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur
  • Ciri-ciri fizikal yang bergunung-ganang dan berpadang pasir menyebabkab tamadun ini bersifat setempat
  • Kemunculan tamadun ini dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men

Tamadun Indus

  • Tamadun Indus ialah tamadun yang terawal di India
  • Tamadun ini terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus
  • Sungai ini berpunca dari Pergunungan Himalaya dan mengalir ke Tanah Arab
  • Tamadun ini dikenali dengan tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama tamadun ini.
  • Sehingga hari ini belum jelas faktor yang menyebabkan kehancuran tamadun ini
  • Pendapat menyatakan tamadun Indus mengalami kejatuhan kerana serangan orang Aryan serta bencana alam
  • Dua bandar yang utama yang terbentuk di Lembah Indus ialah Mohenjo-Daro dan Harappa

Tamadun Mesir Purba


  • Tamdun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean
  • Sungai Nil ini berpunca daripada dua anak sungai iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih
  • Tanah lanar telah membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia
  • Tamadun ini dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu zaman awal, pertengahan, empayar dan keruntuhan
  • Selepas mengalami masa kegemilangan pada zaman Empayar, tamadun Mesir Purba telah mengalami kejatuhan apabila pemerintahan dikuasai oleh orang asing seperti Libya, Kush, Assyria, Parsi dan Yunani
  • Manusia telah mendiami Sungai Nil dan mencapai tahap kebudayaan gangsa pada zaman Logam
  • Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian


Tamadun Mesopotamia

  • Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai Mesopotamia.
  • Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermakna tanah di antara dua sungai
  • Wilayah Mesopotamia terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
  • Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik
  • Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan iaitu  Kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama, Kassites, Assyria dan Chaldea
  • Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri
  • Setiap negara kota terbahagi kepada kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan



Lagu Negeri Kedah



Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara ugama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata






Sekolah Inggeris


  • Inisiatif awal didirikan oleh mubaligh Kristian mazhab Roman Katholik
  • Penang Free School adalah sekolah pertama dan kemudiannya berkembang di Melaka, Singapura dan Kuala Lumpur
  • Baginda MCKK adalah sekolah Inggeris khas untuk anak-anak aristoktrat Melayu yang bertujuan menyediakan pegawai kerajaan tertentu di Tanah Melayu
  • Berlaku jurang dan peluang belajar di sekolah Inggeris 
  • Wujud Special Malay Class untuk meramaikan bilangan pelajar Melayu

Sekolah Vernakular India

  • Ditubuhkan di Penang Free School pada tahun 1816 
  • Tertumpu kepada anak-anak buruh India yang berkerja di ladang getah, kelapa dan buruh di Jabatan Kerja Raya dan Keretapi
  • Kod Buruh mewajibkan setiap ladang yang terdapat 10 orang kanak-kanak di dalam umur persekolahan dikehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak
  • 3 jenis sekolah yang dibiayai oleh kerajaan, majikan dan komuniti India temapatan
  • Kebanyakan sekolah ini didirikan dalam keadaan kurang memuaskan
  • Hanya sekolah di bandar yang mempunyai kemudahan yang lebih sempurna 

Sekolah Vernakular Cina


  • Sekolah pertama didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di Melaka pada tahun 1815 
  • Kurikulum berdasarkan pelajaran klasik Cina 
  • Hafal klasik lama, kaligrafi, ilmu kira-kira dengan abacus
  • Awal tahun 1920-an ditambah subjek Sejarah, Ilmu Alam, Sains, Moral, Bahasa, Ilmu Hisab, Lukisan, Menyanyi dan Latihan Jasmani
  • Bantuan kerajaan dan biaya sendiri
  • Pada awalnya bermotif politik Tanah Besar dan anti Inggeris.

Sekolah Vernakular Melayu

  • Subjek yang diajar seperti Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab,  Latihan Jasmani dan Congak
  • Awal kurun ke-20 subjek seperti Perkebunan dan Anyaman ditambah dalam kurikulum 
  • Kebanyakan sekolah Melayu didirikan di kampung
  • Kurikulum Sekolah Melayu tidak dapat berkembang lebih daripada darjah 4.  Hanya sebilangan kecil sahaja dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class. Mereka boleh meneruskan pengajian di Sekolah Inggeris



Sekolah Pondok


  • Pengajian agama biasa diadakan di surau atau masjid pada waktu malam dengan dihadiri oleh orang dewasa lelaki dan perempuan
  • Pondok adalah sistem pengajian yang lebih sistematik. Didirikan atas usaha alim ulama dan masyarakat tempatan
  • Berhampiran adalah rumah tuan guru dan asrama pelajar
  • Lokasi pondok sering ditemui di kawasan berhampiran pantai dan sungai
  • Dibina daripada papan dan daun nipah atau rumbia
  • Kemudahan kelas hanya terdiri daripada papan dan kalam
  • Meja dan bangku dibuat sendiri oleh pelajar
  • Tidak secara formal
  • Ajar Al-Quran, Fiqah dan Tauhid
  • Kaedah pembelajaran secara hafalan

    Sistem Demokrasi

    • Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
    • Demokrasi di Athens berbentuk penyertaan langsung kerana warganegara lelaki terlibat dalam membentuk kerajaan melalui undian dan berpeluang menganggotai Dewan Perhimpunan
    • Demokrasi di Malaysia berbentuk penyertaan tidak langsung iaitu demokrasi berparlimen kerana rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya dan wakil ini menganggotai Dewan Rakyat


    Sistem Pemerintahan

    • Oligarki - Sistem pemerintahan yang diamalkan dalam Tamadun Yunani di Athens. Pemerintahan terletak dalam tangan konsul
    • Aristokrasi - Pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya
    • Tirani - Pemerintah yang zalim yang menggunakan kuasa sewenang-wenangnya
    • Diktator - Pemerintah berkuasa mutlak dan mempunyai kuasa yang tidak terhad

      Rentap Wira Sarawak


      • Nama asal Rentap ialah Libau yang membawa maksud pengoncang dunia 
      • Beliau juga digelar Raja Darat 
      • Rentap merupakan pemimpin masyrakat Iban di Sungai Saribas dan Sungai Skrang 
      • Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun 
      • James Brooke mendidirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban 
      • Rentap berjaya menyerang kubu James Brooke 
      • Kejayaan ini telah mengharumkan namanya 
      • James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok 
      • Rentap berundur ke Entabai dan meninggal dunia

      Soalan Bab 3


      1. Apakah peranan utama seseorang pemerintah kerajaan Agraria?
      2. Nyatakan aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Agraria
      3. Nyatakan empat cara bagaimana kerajaan awal memperluaskan empayar mereka
      4. Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di pelabuhan Maritim
      5. Apakah kegiatan ekonomi kerajaan Maritim
      6. Berikan tiga faktor utama mengapa kerajaan awal di Asia Tenggara menjadi pusat-pusat perdagangan

      Latihan Bab 2


      1. Nyatakan fungsi alat-alat batu yang digunakan oleh masyarakat Paleolitik
      2. Nyatakan lima jenis peralatan logam yang digunakan oleh manusia zaman Logam
      3. Apakah kawasan penempatan awal manusia zaman Paleolitik
      4. Apakah tiga kegiatan utama manusia zaman Paleolitik
      5. Mengapakah zaman Neolitik dikatakan lebih maju berbanding dengan zaman Paleolitik
      6. Pada pendapat anda di manakah tempat tinggal pilihan utama manusia zaman Paleolitik
      7. Apakah ciri-ciri kepercayaan manusia zaman Logam

      Zaman Logam


      • Bermula kira-kira 4000 tahun dahulu
      • Hidup menetap di tepi sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua
      • Lokasi di Sg Tembeling, Gua Harimau, Changkat Menteri
      • Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan bengsi
      • Menggunakan alat logam untuk menggali, menebang dan menebas
      • Kehidupan lebih teratur dan tinggal menetap
      • Mempunyai adat resam yang teratur
      • Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu
      • Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup

      Zaman Neolitik

      • Bermula kira-kira 7000 tahun dahulu
      • Zaman perkembangan teknologi seperti batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam dan memelihara binatang ternakan
      • Tinggal di gua dan tepi sungai
      • Lokasi di Gua Cha dan Bukit Tengkorak
      • Menggunaka alat batu yang lebih elok dan halus buatannya
      • Mencipta alat batu seperti pemukul kulit kayu dan beliung
      • Menggunakan alat-alat daripada tembikar seperti periuk, bekas air dan belanga
      • Menjalankan perdagangan tukar barang
      • Mengamalkan kepercayaan animisme dan upacara pengebumian


      Zaman Paleolitik


      • Bermula kira-kira 200 000 - 300 000 tahun dahulu
      • Tinggal di kawasan terbuka, sekitar tasik dan di dalam gua
      • Lokasi di Tingkayu, Gua Niah dan Bukit Jawa, Kota Tampan
      • Menggunakan alat batu untuk mempertahankan diri
      • Alat batu yang digunakan seperti penetak, kapak genggam dan alat repihan
      • Mengamalkan animisme dan upacara pengebumian
      • Menjalankan aktiviti perburuan
      • Cara hidup sara diri dan memungut hasil hutan
      • Mengamalkan kepercayaan animisme