Kuala Lumpur

  • Semasa Raja Abdullah menjadi pembesar Klang pada pertengahan kurun ke 19 beliau telah meneroka kawasan yang berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah
  • Kawasan ini dinamakan sebagai Kuala Lumpur kerana kawasan itu berlumpur
  • Pada tahun 1860, pembesar daerah Klang telah menggalakkan orang Cina untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di Kuala Lumpur
  • Selepas itu Kuala Lumpur telah berkembang dengan pesat dan muncul sebagai pusat perdagangan yang maju
  • 1880 Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor
  • 1896 Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Taiping

  • Sebuah bandar yang terletak di daerah Larut
  • Nama asalnya dipanggil Kelian Pauh
  • Ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk mengusahakan perlombongan bijih timah pada tahun 1840 an
  • British telah menyusun semula pentadbiran di Larut selepas tamatnya Perang Larut
  • Nama Kelian Pauh telah ditukar kepada Taiping yang membawa maksud kedamaian yang abadi
  • Taiping dijadikan ibu negeri Perak dan berkembang menjadi sebuah bandar yang moden

Tanaman Getah

  • Pokok getah ditanam di negara kita adalah dari jenis Hevea Brasiliensis
  • Pokok getah ini berasal dari Brazil
  • Henry Wickham telah membawa 70000 biji getah dari Brazil dan disemai di Kew Gardens
  • Dari Kew Garden lebih kurang 3000 benih pokok getah dihantar ke negeri-negeri naungan British terutama Sri Lanka
  • 1877, sebanyak 22 benih pokok getah telah dihantar ke Botanical Gardens Singapura
  • Dari Botanical Garden beberapa pokok getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman rumah Hugh Low
  • Menjelang akhir kurun ke 19 harga kopi merosot di pasaran dunia
  • Getah ditanam sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi di Tanah Melayu

Kesan Imperialisme

  • Imperialisme Barat telah menyebabkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara mengalami perubahan yang besar
  • Para pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat
  • Sistem politik serta perundangan peribumi telah diubahsuai atau ditukar supaya menyerupai sistem Barat
  • Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan kuasa Barat
  • Kuasa Inggeris telah menguasai Tanah Melayu dan kuasa Belanda pula menguasai Indonesia
  • Amerika Syarikat telah menggantikan kuasa Sepanyol dan menduduki Filipina
  • Aktiviti ekonomi peribumi telah distrukturkan supaya dapat memberikan manfaat kepada ekonomi negara
  • Pendidikan Inggeris telah diperkenalkan apabila Inggeris bertapak di Tanah Melayu
  • Dasar imigresan bebas telah membawa perubahan demografi dan komposisi etnik di banyak negara

Mata Wang

  • Penggunaan mata wang sebagai perantaraan nilai barangan memudahkan urusan perdagangan dan jual beli
  • Sistem mata wang digunakan sebagai alternatif kepada sistem pertukaran barang atau barter
  • Pada waktu ini negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang yang diperbuat daripada timah
  • Mata wang timah Melaka pada pemerintahan Sultan Melaka keempat berbentuk bulat dan seberat satu kati lapan tahil
  • Di Johor mata wang timah dikenal sebagai katun
  • Negeri Kedah mengeluarkan mata wang timah sejak abad ke-17
  • Mata wang ini adalah untuk kegunaan tempatan. Mata wang ini berbentuk ayam jantan
  • Mata wang emas ini digunakan secara meluas di Kedah dan Johor pada abad ke 16
  • Mata wang emas digunakan di Kelantan dikenal sebagai kijang kerana gambar kijang terdapat pada muka wang emas tersebut


Batu Bersurat Terengganu



  • Batu ini ditemui pada tahun 1899 Masihi
  • Bertulisan jawi dan bertarikh 22 Februari 1303 Masihi
  • Tulisan ini ditafsirkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
  • Di batu tercatat tentang kewajipan menjalankan hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman terhadap penzina dan hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang

Undang-undang Tubuh


  • Pelantikan raja
  • Syarat menjadi raja
  • Perwarisan takhta
  • Tertib raja
  • Zuriat sultan
  • Raja belum cukup umur
  • Tegahan ke atas raja
  • Sara hidup kerabat diraja
  • Mesyuarat kerajaan negeri
  • Tanggungjawab pembesar
  • Kedudukan agama Islam
  • Ketaatan kepada pemerintah
  • Kesalahan kianat kepada negeri
  • Hubungan dengan kerajaan lain

Suruhanjaya Reid

  • Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada bulan Mac 1956 untuk membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
  • Tugas Suruhanjaya Reid ialah marangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka
  • Perkara lain yang diberikan tumpuan oleh suruhanjaya ini ialah kewujudan  satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
  • Sebanyak 131 memorandum daripada pelbagai pihak yang diterima oleh suruhanjaya. Antaranya termasuklah daripada Raja-raja Melayu, orang perseorangan dan pertubuhan politik
  • Cadangan Parti Perikatan sebagai kerajaan juga diberikan perhatian yang besar
  • Cadangan-cadangan Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada bulan Februari 1957
  • Cadangan tersebut telah disahkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
  • Oleh itu Perlembagaan Kemerdekaan 1957 telah dihasilkan

Jata Negara

  • Menjadi lambang kemegahan rakyat Malaysia
  • Empat jalur berlainan warna di tengah-tengah perisai melambangkan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
  • Warna hitam dan putih melambangkan negeri Pahang, warna merah dan kuning melambangan negeri Selangor
  • Warna hitam, putih dan kuning melambangkan negeri Perak manakala warna merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan
  • Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
  • Pokok pinang di bahagian kiri perisai mewakili negeri Pulau Pinang
  • Bahagian kanan perisai terdapat pokok Melaka yang melambangkan negeri Melaka
  • Bulan sabit berwarna kuning bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi
  • Bintang berpecah empat belas melambangkan gabungan empat belas buah negeri
  • Bersekutu Bertambah Mutu ialah semangat permuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia
  • Dua ekor harimau melambangakan keberanian
  • Negeri Sabah dan Sarawak dilambangkan dengan jata negeri


Raja Berpelembagaan

  • Raja berpelembagaan bererti sistem pemerintahan beraja berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
  • Yang di-Pertuan Agong memerintah berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri
  • Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan
  • Yang di-Pertuan Agong dipilih secara bergilir-gilir daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah negeri Melayu
  • Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan dalam Majlis Raja-raja Melayu berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
  • Sistem Raja Berpelembagaan menjadi tunggak keagungan kerajaan Malaysia sejak kemerdekaan sehingga sekarang

Lagu Kebangsaan

  • Nama lagu kebangsaan ialah Negaraku
  • Lagu kebangsaan kita sebelum ini ialah lagu kebangsaan British iaitu God Save the Queen
  • Ketika pemilihan lagu kebangsaan hendak dibuat Pasukan Pancaragam Polis Diraja telah memperkenalkan empat belas lagu
  • Walaubagaimanapun lagu kebangsaan negeri Perak iaitu lagu Terang Bulan telah dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan
  • Pemilihan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim
  • Majlis Raja-raja Melayu telah memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut
  • Lagu kebangsaan membangkitkan semangat patriotik dan cinta akan tanah air
  • Semua rakyat negara Malaysia haruslah berbangga dengan lagu kebangsaan

Jalur Gemilang

  • Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur, 7 jalur berwarna merah dan 7 jalur berwarna putih yang melambangkan gabungan negeri di Malaysia
  • Warna merah melambangkan keberanian manakala warna putih melambangkan kesucian
  • Warna biru melambangkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum
  • Warna kuning pula melambangkan kedaulatan negeri-negeri Melayu
  • Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia
  • Bintang berpecah empat belas melambangkan empat belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia



Perjanjian Hudaibiyah

  • Genjatan senjata selama 10 tahun yang bermaksud kedua-dua pihak tidak boleh berperang selama 10 tahun
  • Mana-mana pihak tidak boleh membantu golongan yang berperang
  • Seseorang Quraisy Makkah yang datang ke Madinah tanpa kebenaran walinya hendaklah dihantar pulang ke Makkah
  • Mana-mana orang Islam Madinah yang masuk ke Makkah tidak perlu dihantar kembali ke Madinah
  • Orang-orang Islam bebas mengadakan perhubungan dengan mana-mana pihak
  • In Rasullullah S.A.W dan orang-orang Islam tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun tersebut tetapi boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.  Mereka hanya boleh membawa pedang yang tersarung dan berada di Makkah selama 3 hari sahaja
  • Perjanjian Hudaibiyah tersebut pada awalnya tidak dapat diterima sepenuhnya oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W
  • Bagi mereka perjanjian ini menguntungkan pihak Arab Quraisy

Piagam Madinah


  • Kerajaan Islam di Madinah menjadi model kerajaan Islam yang unggul yang dapat menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam
  • Kerajaan Madinah mempunyai perlembagaan sendiri dapat diterima pakai oleh semua masyarakat
  • Kepintaran Nabi Muhammad S.A.W merangka satu piagam sangat dikagumi kerana baginda berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap yang merangkumi peraturan dunia dan akhirat
  • Be Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan
  • Wu Amalan riba, penipuan dan rasuah dan penindasan dilarang sama sekali
  • Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah amat digalakkan oleh Islam
  • Nilai ukhuwah yang ditanamkan adalah berasaskan ukhuwah Islam
  • Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama. Konsep keadilan sosial telah dipratikkan di Madinah
  • Islam telah menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam
  • Syariah Islam yang diperkenalkan di Madinah adalah adil
  • Sistem pemerintahan yang diasaskan merupakan sistem yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi
  • Piagam Madinah berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik

Kepentingan Hijrah

  • Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada masa kini
  • Selepas hijrah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan secara terbuka seperti di Makkah
  • Hijrah memberikan peluang kepada Nabi Muhammad S.A.W. mendamaikan suku Arab di Madinah yang bersengketa iaitu suku Aus dan Khazraj
  • Penghijrahan telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
  • Hubungan ini terjalin melalui sikap yang ditunjukkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah tidak berasa asing
  • Berjaya menyatukan kedua-dua golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial
  • Nabi Muhammad memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah
  • Sementara orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar
  • Hijrah berjaya menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan suku

Tujuan Hijrah

  • Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu
  • Dalam wahyu itu Allah telah menyatakan tentang niat dan pakatan Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah telah memerintahkan baginda berhijrah dengan segera
  • Perintah ini berasaskan ayat Al-Quran iaitu surah al-Anfal telah mempercepat penghijrahan baginda ke Madinah
  • Dengan perlindungan Allah, baginda dan sahabat baginda Abu Bakar Al Siddiq telah sampai ke Madinah dengan selamat
  • Tujuan lain penghijrahan adalah untuk meneruskan penyebaran Islam
  • Di Makkah ancaman daripada Arab Quraisy telah menggugat kegiatan penyebaran Islam


Konsep Hijrah

  • Berasal daripada perkataan Arab iaitu berpindah
  • Hijrah bererti  perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dengan tujuan memperkukuh kedudukan Islam dan sebagai strategi baru untuk menyebarkan Islam
  • Pengertian hijrah yang lebih luas dan mendalam adalah perjuangan bagi menegakkan kebenaran serta meninggalkan keburukan dan kejahatan
  • Hijrah juga dilambangkan dengan semangat ingin berubah terutamanya perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku
  • Penghijrahan baginda ke Madinah bermula apabila baginda berjaya melepaskan diri daripada pemuda Quraisy yang mengepung rumah baginda

  • Sebelum itu, sepupu baginda iaitu Ali bin Abu Talib telah menawarkan diri untuk tidur  di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda
  • Setelah keluar dari rumah baginda telah menemui Abu Bakar al-Siddiq dan menyatakan tentang perintah Allah supaya berhijrah ke Madinah
  • Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat

Tokoh-tokoh Penting


  • Abdul Rauf Singkel - Ulama Acheh yang telah menghasilkan karya tentang pemikiran Islam
  • Emanuel Gadinho Eredia - Mengemukankan teori tentang Islam tersebar ke Asia Tenggara menerusi China
  • John Crowford - Mengemukan teori Islam berkembang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab
  • Raja Malik al-Salih - Raja Pasai yang telah memeluk Islam dan ini menyebabkan para pembesarnya turut memeluk Islam
  • Snouck Hurgronje - Sejarawan Belanda yang mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi India
  • S. Q. Fatimi - Mengatakan Islam tersebar ke Asia Tenggara menerusi China
  • Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam - Sultan Acheh yang agung dan semasa pemerintahannya Acheh menjadi kuasa kuat di Asia Tenggara
  • Sultan Mansur Syah - Sultan Melaka yang pernah mengirimkan kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera Pasai untuk diterjemahkan

Adat Temenggung

  • Berasal dari Palembang, Sumatera
  • Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan
  • Diamalkan di semua negeri Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan Naning
  • Berasaskan sistem patrilinel iaitu lebih mementingkan jurai keturunan bapa
  • Dalam pembahagian harta pusaka, anak lelaki lebih diutamakan daripada anak perempuan
  • Bebas berkahwin dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar ketetapan hukum
  • Mulanya adat ini dipengaruhi oleh ajaran Hindu, kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam oleh Mazhab Shafie

  • Mengamalkan sistem politik autokratik
  • Undang-undang ketat yang bertujuan menghukum



Adat Perpatih


  • Berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera
  • Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang
  • Diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning
  • Bersifat matrilinel
  • Anak perempuan diberikan hak mewarisi harta
  • Perkahwinan sesama suku dilarang
  • Disesuaikan dengan hukum syarak setelah kedatangan Islam

  • Undang-undang berperikemanusiaan






    Perlembagaan Rakyat

    • Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
    • Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab terhadap rakyat
    • Kerajaan pusat dan Majlis Negeri-negeri dipilih
    • Pertahanan dan hal ehwal luar negeri tanggungjawab terhadap rakyat
    • Keistimewaan orang Melayu diwujudkan
    • Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
    • Kerakyatan yang sama rata

    • Merah putih latar belakang bendera Tanah Melayu
    • Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
    • Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu



      Reaksi Malayan Union

      • Cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan sultan dan raja Melayu. Beliau mengugut raja-raja yang tidak menerima Malayan Union akan diturunkan takhta
      • Kabanyakan Sultan hanya diberikan masa yang singkat untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak
      • Terdapat juga Sultan yang menandatangani atas dasar setia kawan kepada British seperti yang dilakukan oleh Sultan Selangor dan Sultan Johor
      • Orang Melayu berasakan bahawa pembaharuan dalam politik tidak sesuai dilakukan pada ketika itu selepas Perang Dunia Kedua
      • Orang Melayu juga menentang kerana Malayan Union akan menghakis kuasa raja-raja Melayu yang berkuasa dalam aspek adat istiadat dan agama Islam sahaja
      • Pemberian taraf kerakyatan mengikut prinsip jus soli juga ditentang oleh orang Melayu



      Ciri-ciri Perjanjian


      • Perjanjian Malayan Union membawa kepada penggabungan negeri-negeri di Tanah Melayu kecuali Singapura di bawah satu pentadbiran
      • Semua negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka digabungkan di bawah satu pentadbira
      • Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Raja England
      • Majlis Kerja dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk
      • Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
      • Asas kerakyatan Malayan Union ialah kewarganegaraan sama rata mengikut Prinsip Jus Soli

      • Ketua pentadbir bagi setiap negeri ialah Pesuruhjaya Negeri

      Sebab Malayan Union

      • Sebagai persediaan kepada penduduk tempatan untuk berkerajaan sendiri
      • Pengenalan Malayan Union ini bertujuan untuk melicinkan dan menjimatkan kos pentadbiran
      • Sebelum Perang Dunia Kedua, negeri-negeri Melayu ditadbir secara berasingan apabila negeri Melayu dikelompokkan kepada 3 kelompok
      • Kepelbagai sistem pentadbiran ini menyebabkan pentabiran negeri-negeri Melayu dijalankan secara berasingan dan menelan kos yang tinggi
      • Kos pentabiran yang tinggi ini telah menyebabkan pembangunan di setiap negeri tidak seimbang
      • Berhasrat untuk mewujudkan satu bangsa iaitu Malayan Union
      • Tujuan pembentukan bangsa Malayan Union ialah supaya golongan imigran dapat melupakan negara asal dan memberikan sepenuh kesetiaan kepada Malayan Union
      • Mengawal dan mengurangkan kuasa politik orang Melayu

      Perang Dunia Kedua

      • Negara-negara di Eropah berpecah belah
      • Negara Jeman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur
      • Sistem imperialisme mengalami kejatuhan
      • Banyak tanah jajahan mencapai kemerdekaan daripada kuasa-kuasa besar Eropah. Contoh seperti Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada Filipina
      • Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Oktober 1945 untuk menjamin keamanan di dunia. Penubuhan menggantikan Liga Bangsa
      • Banyak negara-negara baru yang merdeka muncul
      • Berlaku Perang Dingin antara blok kapitalis dengan blok komunis
      • Banyak nyawa terkorban
      • Menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia

      Perang Dunia Pertama

      • Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
      • Jun 1919, persidangan damai yang diadakan membawa kepada termeterainya Perjanjian Versailes
      • Perjanjian ini membawa kepada penubuhan Liga Bangsa 1919
      • Penubuhan Liga Bangsa adalah menggalakkan keamanan dan mewujudkan kerjasama antarabangsa serta menjamin keselamatan secara bersama
      • Liga ini gagal memainkan peranan untuk menjamin kesejahteraan dunia kerana gagal menghalang kuasa besar melakukan pencerobohan
      • Negara-negara yang berperang mengalami inflasi dan hutang peperangan
      • Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
      • Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya
      • Kesan sosial ialah banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah

      Pertubuhan OIC

      • Pertubuhan OIC adalah cadangan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama
      • Ditubuhkan pada tahun 1971 dan beribu pejabat di Jeddah
      • Pada masa penubuhan dianggotai oleh 57 buah negara dengan 3 buah negara sebagai pemerhati
      • Matlamat utama ialah mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam semua bidang
      • Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam
      • Banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah
      • Menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
      • Ba Bantuan kewangan diberikan kepada negara yang kurang maju seperti Chad, Nigeria dan Sudan
      • Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
      •  Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
      • Malaysia memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka dari negara Israel 
      • Malaysia mejadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003
      • Tawaran biasiswa diberikan kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


        Asean

        • Pada tahun 1967 ASEAN hanya dianggotai oleh lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura
        • Kini sudah menjadi 10 buah negara
        • Negara tersebut ialah Brunei, Vietnam, Laos, Kampuchea dan Myanmar
        • Matlamat ASEAN ialah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
        • Saling membantu dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan
        • Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian
        • Memberikan kerjasama dan membantu dalam bidang latihan dan penyelidikan
        • Menjalin hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa

        Maphilindo

        • Ditubuhkan untuk menyelesaikan pertelingkahan di antara Malaysia dengan Indonesia dan Filipina terhadap gagasan Malaysia yang aman
        • Hubungan persahabatan antara ketiga-tiga negara dapat ditingkatkan
        • Indonesia menentang penubuhan Malaysia kerana menganggap sebagai penjajahan bentuk baru
        • Filipina menentang gagasan Malaysia kerana menuntut haknya ke atas Sabah
        • Ketiga-tiga negara bersetuju memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak
        • Kebanyakkan rakyat di Sabah dan Sarawak bersetuju menyokong penubuhan Malaysia





        Negara-negara Selatan

        • Negara-negara Selatan adalah Negara-negara Dunia Ketiga
        • Mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang ekonomi
        • Pernah dijajah oleh kuasa barat
        • Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
        • Bergantung kepada negara maju kerana Negara-negara Selatan tiada kepakaran
        • 1987, Suruhanjaya Selatan-selatan telah ditubuhkan setelah dicadangkan oleh Dr Mahathir semasa Sidang Kemuncak NAM
        • Strategi adalah menubuhkan G15 atau Kumpulan 15
        • Sidang kemuncak yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur


        Komanwel

        • Ditubuhkan pada tahun 1931
        • Dianggotai negara bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka
        • Terdiri daripada 54 buah negara maju serta negara membangun
        • Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 di London
        • Matlamatnya ialah membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota
        • Setiap dua tahun sekali mesyuarat CHOGM akan diadakan
        • Memberi peluang kepada ketua kerajaan bertemu bagi membincangkan hal-hal kepentingan bersama






        Soalan Bab 9 Ting 5

        • Nyatakan 3 negara yang menganggotai Kuasa Bersekutu?
        • Nyatakan 3 negara yang menjadi anggota Kuasa Paksi?
        • Apakah maksud ASEAN?
        • Namakan deklarasi yang membawa kepada penubuhan ASEAN?
        • Namakan dua negara ASEAN?
        • Berapa kali Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN diadakan dalam setahun?
        • Siapakah yang mencetuskan idea penubuhan OIC?
        • Apakah matlamat utama penubuhan OIC?
        • Berikan dua negara yang dibantu OIC?
        • Bilakah Pertubuhan Bangsa-bangsa  Bersatu ditubuhkan?
        • Bilakah negara kita menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?
        • Berikan dua matlamat Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?

        Soalan Bab 8 Ting 5

        • Nyatakan rancangan pembangunan yang termasuk dalam tahap pertama?
        • Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru?
        • Nyatakan dua agensi kerajaan yang penting dalam Rancangan Malaysia Pertama?
        • Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Penswastaan?
        • Apakah fokus utama Rancangan Malaysia yang pertama?
        • Berikan dua objektif penubuhan MARA?
        • Nyatakan peristiwa yang membawa kepada pembentukan Rukun Negara?
        • Berikan Prinsip Rukun Negara yang pertama dan kedua ?
        • Senaraikan dua matlamat Rukun Negara?
        • Senaraikan dua penjelasan berkaitan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan?

        Soalan Bab 7 Ting 5

        • Nyatakan tiga bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ?
        • Apakah tugas Yang di-Pertuan Agong terhadap Parlimen?
        • Apakah yang menjadi garis panduan Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan bidang tugas baginda?
        • Di manakah Yang di-Pertuan Agong bersemayam?
        • Apakah fungsi Parlimen ?
        • Siapakah yang melantik ahli Dewan Negara?
        • Apakah maksud pengasingan kuasa?
        • Apakah badan yang mewakili judisari?
        • Terangkan  tugas badan legislatif?
        • Siapakah yang mengetuai badan eksekutif?
        • Mengapakah pengasingan kuasa diamalkan di sesebuah negara?

        Soalan Bab 6 Ting 5

        • Mengapakah Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Tanah Melayu dengan Singapura ?
        • Senaraikan dua negara yang akan diberi kemerdekaan oleh British apabila menyertai Malaysia ?
        • Berikan nama parti berhaluan kiri Singapura yang membimbangkan Lee Kuan Yew?
        • Apakah parti di Singapura yang menyokong pembentukan Malaysia?
        • Nyatakan dua buah parti yang menyokong Barisan Sosialis?
        • Mengapakah Presiden Soekarno membantah penubuhan Malaysia ?
        • Apakah tujuan slogan Ganyang Malaysia ?
        • Berikan dua tindakan yang telah diambil oleh Indonesia semasa konfrantasi ?
        • Siapakah yang mewakili kerajaan Indonesia untuk memulihkan konfrantasi?
        • Apakah tujuan pembentukan Suruhanjaya Cobbold?



        Soalan Bab 5 Ting 5

        • Di manakah rundingan kemerdekaan diadakan?
        • Berapakah bilangan anggota Sistem Ahli 1951?
        • Senaraikan dua tugas anggota dalam Sistem Ahli?
        • Berikan nama tokoh yang menjadi ahli ekonomi ?
        • Siapakah yang mengetuai Parti Perikatan?
        • Senaraikan Parti-parti lain yang bertanding dalam Pilihan Raya 1955?
        • Siapakah Pesuruhjaya Tinggi yang terakhir di Tanah Melayu ?
        • Berikan dua nama tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara?