Pages
▼
Kepentingan Hijrah
- Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada masa kini
- Selepas hijrah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan secara terbuka seperti di Makkah
- Hijrah memberikan peluang kepada Nabi Muhammad S.A.W. mendamaikan suku Arab di Madinah yang bersengketa iaitu suku Aus dan Khazraj
- Penghijrahan telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
- Hubungan ini terjalin melalui sikap yang ditunjukkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah tidak berasa asing
- Berjaya menyatukan kedua-dua golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial
- Nabi Muhammad memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah
- Sementara orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar
- Hijrah berjaya menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan suku
No comments:
Post a Comment