Hijrah bererti perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dengan tujuan memperkukuh kedudukan Islam dan sebagai strategi baru untuk menyebarkan Islam
Pengertian hijrah yang lebih luas dan mendalam adalah perjuangan bagi menegakkan kebenaran serta meninggalkan keburukan dan kejahatan
Hijrah juga dilambangkan dengan semangat ingin berubah terutamanya perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku
Penghijrahan baginda ke Madinah bermula apabila baginda berjaya melepaskan diri daripada pemuda Quraisy yang mengepung rumah baginda
Sebelum itu, sepupu baginda iaitu Ali bin Abu Talib telah menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda
Setelah keluar dari rumah baginda telah menemui Abu Bakar al-Siddiq dan menyatakan tentang perintah Allah supaya berhijrah ke Madinah
Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat
No comments:
Post a Comment