Sejarah Kedah


  • Nama asal Kedah ialah Cheh-Cha, Kataha, Kalagam atau Kadaram.
  • Kedah dibahagikan kepada tiga pusat pentadbiran iaitu Kota Palas, Langkawi dan Kota Ulu
  • 1735, Kota Setar dipilih sebagai pusat pentadbiran yang baru
  • Kemudiannya wujud bandar Alor Setar yang menjadi ibu negeri Kedah sekarang
  • Kedah mempunyai kedudukan yang strategik 
  • Kedah dapat menarik pedagang asing datang berdagang
  • Kedah perlu mendapat sokongan daripada Siam bagi menjamin keselamatan
  • Kedah telah menghantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan
  • Kedah diserang oleh Acheh di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1619
  • Sultan Kedah berundur ke Perlis lalu meminta bantuan daripada Siam
  • 1767, Raja Hsinbysin dari Burma telah menawan Ayuthia ( Siam )
  • Penawanan Ayuthia oleh Burma telah mengancam kedudukan Kedah
  • Sultan Kedah terpaksa menghantar ufti kepada Burma untuk mengelakkan serangan
  • Orang Bugis di bawah pimpinan Raja Haji membantu kerabat diraja Kedah merampas kuasa daripada Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771
  • Sultan Muhammad Jiwa terpaksa berundur ke Kangar
  • Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan daripada Inggeris
  • Sultan Muhammad Jiwa memerlukan bantuan ini kerana baginda ingin mendapatkan semula kuasanya di Kedah
  • Inggeris tidak memberikan bantuan kepada baginda
  • 1821, Siam telah menawan Kedah kerana Kedah enggan akur kepada Siam dan hubungan baik antara Kedah dan Inggeris
  • Sultan Ahmad Tajudin bersama pembesar dan pengikutnya telah berundur ke Pulau Pinang
  • Pembesar Kedah menyusun strategi untuk menyerang tentera Siam di Kedah dari Pulau Pinang
  • 1842, Kedah mendapatkan semula kemerdekaan dari Siam





0 comments:

Post a Comment