Definisi sejarah

  • Sejarah ialah peristiwa masa lalu yang bermakna dan dapat memberikan iktibar kepada kehidupan manusia pada hari ini. 
  • Sejarah mencatatkan juga segala kejadian dalam kehidupan atau perkembangan sesebuah masyarakat, negara dan pertubuhan. 
  • Sejarah merupakan rekod pengalaman manusia sama ada secara individu atau berkumpulan



  • Kejayaan yang diperolehi oleh seseorang dalam masyarakat setempat juga dianggap sejarah. Kejayaan tersebut merupakan satu penghargaan yang sangat bermakna dan bernilai kepada diri, keluarga dan masyarakatnya. 
  • Sejarah bukan sahaja berkaitan dengan peristiwa yang berlaku dalam sesebuah negara, tetapi sejarah boleh juga melibatkan seseorang individu. 
  • Setiap peristiwa sejarah mestilah berdasarkan fakta yang telah dibuktikan sebagai tepat dan sahih.

0 comments:

Post a Comment