Showing posts with label negeri. Show all posts
Showing posts with label negeri. Show all posts
Taiping
Batu Bersurat Terengganu
- Batu ini ditemui pada tahun 1899 Masihi
- Bertulisan jawi dan bertarikh 22 Februari 1303 Masihi
- Tulisan ini ditafsirkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
- Di batu tercatat tentang kewajipan menjalankan hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman terhadap penzina dan hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang
Perkembangan Melaka
- Kedudukan yang strategik
- Perairannya yang dalam sesuai sebagai pelabuhan
- Pentadbiran yang cekap dan tersusun
- Pelaksanaan undang-undang yang kemas
- Pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu Sistem Cukai Berkeutamaan
- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan
- Peluasan wilayah Melaka dapat menambahkan kegiatan perdagangan
- Penggunaan mata wang
- Kemudahan yang banyak untuk pedagang
Asal Usul Nama Melaka
- Melaka mendapat nama daripada nama pokok Melaka, tempat Parameswara berehat
- Semasa berburu, Parameswara menyaksikan satu peristiwa aneh, iaitu pelanduk yang kecil telah menendang anjing perburuannya
- Oleh itu tempat tersebut dipilih untuk mendirikan kenderaan
- Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedangan Arab
- Mereka memanggil Melaka sebagai "Mulaqah" yang bermaksud pertemuan
- Melaka juga disebut sebagai "Malakat" iaitu perhimpunan segala dagang
- Nama Melaka diambil daripada sepohon pokok. Pokok Amalaka yang pertama tumbuh di alam semesta
- Pokok tersebut mempunyai kuasa ajaib
Sejarah Negeri Sembilan
- Terdiri daripada gabungan sembilan buah daerah atau luak, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi dan Jempul
- Kehadiran orang Minangkabau ke Naning, Sungai Ujong dan Rembau
- Empat daerah kepunyaan penduduk asli iaitu Sungai Ujong, Klang, Jelebu dan Johol.
- Daerah ini berada di bawah kerajaan Melaka
- Kejatuhan Melaka di tangan Portugis, kekuatan pengaruh Bugis di Johor serta bermulanya kesultanan Bugis di Selangor telah menyebabkan Negeri Sembilan tidak aman
- Keadaan ini mendorong penghulu-penghulu memohon kepada Sultan Johor mendapatkan seorang anak raja dari Pagar Ruyong
Sejarah Selangor
- Nama diperoleh dari Sungai Selangor
- Sultan Selangor berasal daripada orang Bugis yang mendirikan petempatan di Kuala Selangor dan Kuala Linggi
- Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, daerah Jeram, Klang, Langat dan Kuala Selangor di bawah jajahan Melaka
- Tun Perak telah dilantik sebagai penghulu oleh orang Klang
- Pada kurun ke-17, orang Bugis telah mendiami kawasan pantai Selangor
- Klang berada di bawah kuasa Orang Besar Klang
- 1760, Orang Besar Klang menghadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir Sungai Selangor
- Kedudukan orang Bugis semakin kukuh menjelang kurun ke-18
Sejarah Terengganu
- Menurut Sultan Umar, nama Terengganu bermula dengan sebutan taring anu
- Mucul sekitar tahun 1700 hingga 1703 dengan pelantikan Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja
- Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Johor ketika itu kerana mempunyai hubungan persaudaraan
- Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah 1
- Muncul sebagai pusat pelabuhan pedalaman yang penting
- Barang yang diperdagangkan ialah lada hitam, emas dan bijih timah
- Hasil keluaran berjumlah 30000 dolar Sepanyol
- Menjalin hubungan persaudaraan dengan Siam
- Sultan Mansor Shah 1 menghantar bunga emas sebagai tanda persahabatan
Sejarah Kelantan
- Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan ( Sejarawan China, Shen-Yau dari Dinasti Tang)
- Gabungan kolam dengan autam yang kemudiannya menjadi kolantam dan akhirnya menjadi Kelantan
- Juga dikenali dengan panggilan Negeri Cik Siti Wan Kembang
- Raja Long Yunus berjaya menyatukan Kelantan
- Raja Long Yunus memindahkan ibu kota Kelantan dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu
- Pertelingkahan Raja Long Yunus dengan Sultan Terengganu
- Selepas kemangkatan Long Yunus, Kelantan diserang oleh Terengganu. Terengganu dibantu oleh Patani dan Kelantan tewas
- Long Muhammad berjaya membebaskan Kelantan daripada tawanan Terengganu. Baginda mengisytiharkan dirinya Sultan Muhammad 1
Sejarah Perak
- Dikaitkan dengan sejenis logam, iaitu perak
- Nama Perak diambil sempena nama Sungai Perak di Chegar Galah yang terdapat ikan berwarna putih seperti perak
- Sejarah Melayu dan Salasilah Perak mengatakan Kesultanan Perak diasaskan setelah Tun Saban menghadap Sultan Mahmud Shah untuk memohon seorang putera baginda dirajakan di Perak
- Baginda menghantar Sultan Muzaffar Shah yang membawa bersama alat kebesaran Cura Si Manjakini
- Pusat pemerintahan terletak di Tanah Abang
- Terkenal dengan perdagangan bijih timah
- Menjadi naungan Acheh pada 1575
Subscribe to:
Posts (Atom)










