Showing posts with label nota sejarah. Show all posts
Showing posts with label nota sejarah. Show all posts
Kuala Lumpur
Tanaman Getah
- Pokok getah ditanam di negara kita adalah dari jenis Hevea Brasiliensis
- Pokok getah ini berasal dari Brazil
- Henry Wickham telah membawa 70000 biji getah dari Brazil dan disemai di Kew Gardens
- Dari Kew Garden lebih kurang 3000 benih pokok getah dihantar ke negeri-negeri naungan British terutama Sri Lanka
- 1877, sebanyak 22 benih pokok getah telah dihantar ke Botanical Gardens Singapura
- Dari Botanical Garden beberapa pokok getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman rumah Hugh Low
- Menjelang akhir kurun ke 19 harga kopi merosot di pasaran dunia
- Getah ditanam sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi di Tanah Melayu
Kesan Imperialisme
- Imperialisme Barat telah menyebabkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara mengalami perubahan yang besar
- Para pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat
- Sistem politik serta perundangan peribumi telah diubahsuai atau ditukar supaya menyerupai sistem Barat
- Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan kuasa Barat
- Kuasa Inggeris telah menguasai Tanah Melayu dan kuasa Belanda pula menguasai Indonesia
- Amerika Syarikat telah menggantikan kuasa Sepanyol dan menduduki Filipina
- Aktiviti ekonomi peribumi telah distrukturkan supaya dapat memberikan manfaat kepada ekonomi negara
- Pendidikan Inggeris telah diperkenalkan apabila Inggeris bertapak di Tanah Melayu
- Dasar imigresan bebas telah membawa perubahan demografi dan komposisi etnik di banyak negara
Mata Wang
- Penggunaan mata wang sebagai perantaraan nilai barangan memudahkan urusan perdagangan dan jual beli
- Sistem mata wang digunakan sebagai alternatif kepada sistem pertukaran barang atau barter
- Pada waktu ini negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang yang diperbuat daripada timah
- Mata wang timah Melaka pada pemerintahan Sultan Melaka keempat berbentuk bulat dan seberat satu kati lapan tahil
- Di Johor mata wang timah dikenal sebagai katun
- Negeri Kedah mengeluarkan mata wang timah sejak abad ke-17
- Mata wang ini adalah untuk kegunaan tempatan. Mata wang ini berbentuk ayam jantan
- Mata wang emas ini digunakan secara meluas di Kedah dan Johor pada abad ke 16
- Mata wang emas digunakan di Kelantan dikenal sebagai kijang kerana gambar kijang terdapat pada muka wang emas tersebut
Batu Bersurat Terengganu
- Batu ini ditemui pada tahun 1899 Masihi
- Bertulisan jawi dan bertarikh 22 Februari 1303 Masihi
- Tulisan ini ditafsirkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
- Di batu tercatat tentang kewajipan menjalankan hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman terhadap penzina dan hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang
Undang-undang Tubuh
- Pelantikan raja
- Syarat menjadi raja
- Perwarisan takhta
- Tertib raja
- Zuriat sultan
- Raja belum cukup umur
- Tegahan ke atas raja
- Sara hidup kerabat diraja
- Mesyuarat kerajaan negeri
- Tanggungjawab pembesar
- Kedudukan agama Islam
- Ketaatan kepada pemerintah
- Kesalahan kianat kepada negeri
- Hubungan dengan kerajaan lain
Suruhanjaya Reid
- Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada bulan Mac 1956 untuk membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
- Tugas Suruhanjaya Reid ialah marangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka
- Perkara lain yang diberikan tumpuan oleh suruhanjaya ini ialah kewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
- Sebanyak 131 memorandum daripada pelbagai pihak yang diterima oleh suruhanjaya. Antaranya termasuklah daripada Raja-raja Melayu, orang perseorangan dan pertubuhan politik
- Cadangan Parti Perikatan sebagai kerajaan juga diberikan perhatian yang besar
- Cadangan-cadangan Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada bulan Februari 1957
- Cadangan tersebut telah disahkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
- Oleh itu Perlembagaan Kemerdekaan 1957 telah dihasilkan
Jata Negara
- Menjadi lambang kemegahan rakyat Malaysia
- Empat jalur berlainan warna di tengah-tengah perisai melambangkan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
- Warna hitam dan putih melambangkan negeri Pahang, warna merah dan kuning melambangan negeri Selangor
- Warna hitam, putih dan kuning melambangkan negeri Perak manakala warna merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan
- Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
- Pokok pinang di bahagian kiri perisai mewakili negeri Pulau Pinang
- Bahagian kanan perisai terdapat pokok Melaka yang melambangkan negeri Melaka
- Bulan sabit berwarna kuning bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi
- Bintang berpecah empat belas melambangkan gabungan empat belas buah negeri
- Bersekutu Bertambah Mutu ialah semangat permuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia
- Dua ekor harimau melambangakan keberanian
- Negeri Sabah dan Sarawak dilambangkan dengan jata negeri
Raja Berpelembagaan
- Raja berpelembagaan bererti sistem pemerintahan beraja berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
- Yang di-Pertuan Agong memerintah berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri
- Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan
- Yang di-Pertuan Agong dipilih secara bergilir-gilir daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah negeri Melayu
- Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan dalam Majlis Raja-raja Melayu berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
- Sistem Raja Berpelembagaan menjadi tunggak keagungan kerajaan Malaysia sejak kemerdekaan sehingga sekarang
Lagu Kebangsaan
- Nama lagu kebangsaan ialah Negaraku
- Lagu kebangsaan kita sebelum ini ialah lagu kebangsaan British iaitu God Save the Queen
- Ketika pemilihan lagu kebangsaan hendak dibuat Pasukan Pancaragam Polis Diraja telah memperkenalkan empat belas lagu
- Walaubagaimanapun lagu kebangsaan negeri Perak iaitu lagu Terang Bulan telah dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan
- Pemilihan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim
- Majlis Raja-raja Melayu telah memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut
- Lagu kebangsaan membangkitkan semangat patriotik dan cinta akan tanah air
- Semua rakyat negara Malaysia haruslah berbangga dengan lagu kebangsaan
Jalur Gemilang
- Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur, 7 jalur berwarna merah dan 7 jalur berwarna putih yang melambangkan gabungan negeri di Malaysia
- Warna merah melambangkan keberanian manakala warna putih melambangkan kesucian
- Warna biru melambangkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum
- Warna kuning pula melambangkan kedaulatan negeri-negeri Melayu
- Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia
- Bintang berpecah empat belas melambangkan empat belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia
Perjanjian Hudaibiyah
- Genjatan senjata selama 10 tahun yang bermaksud kedua-dua pihak tidak boleh berperang selama 10 tahun
- Mana-mana pihak tidak boleh membantu golongan yang berperang
- Seseorang Quraisy Makkah yang datang ke Madinah tanpa kebenaran walinya hendaklah dihantar pulang ke Makkah
- Mana-mana orang Islam Madinah yang masuk ke Makkah tidak perlu dihantar kembali ke Madinah
- Orang-orang Islam bebas mengadakan perhubungan dengan mana-mana pihak
- In Rasullullah S.A.W dan orang-orang Islam tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun tersebut tetapi boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya. Mereka hanya boleh membawa pedang yang tersarung dan berada di Makkah selama 3 hari sahaja
- Perjanjian Hudaibiyah tersebut pada awalnya tidak dapat diterima sepenuhnya oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W
- Bagi mereka perjanjian ini menguntungkan pihak Arab Quraisy
Piagam Madinah
- Kerajaan Islam di Madinah menjadi model kerajaan Islam yang unggul yang dapat menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam
- Kerajaan Madinah mempunyai perlembagaan sendiri dapat diterima pakai oleh semua masyarakat
- Kepintaran Nabi Muhammad S.A.W merangka satu piagam sangat dikagumi kerana baginda berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap yang merangkumi peraturan dunia dan akhirat
- Be Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan
- Wu Amalan riba, penipuan dan rasuah dan penindasan dilarang sama sekali
- Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah amat digalakkan oleh Islam
- Nilai ukhuwah yang ditanamkan adalah berasaskan ukhuwah Islam
- Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama. Konsep keadilan sosial telah dipratikkan di Madinah
- Islam telah menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam
- Syariah Islam yang diperkenalkan di Madinah adalah adil
- Sistem pemerintahan yang diasaskan merupakan sistem yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi
- Piagam Madinah berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik
Kepentingan Hijrah
- Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada masa kini
- Selepas hijrah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan secara terbuka seperti di Makkah
- Hijrah memberikan peluang kepada Nabi Muhammad S.A.W. mendamaikan suku Arab di Madinah yang bersengketa iaitu suku Aus dan Khazraj
- Penghijrahan telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
- Hubungan ini terjalin melalui sikap yang ditunjukkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah tidak berasa asing
- Berjaya menyatukan kedua-dua golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial
- Nabi Muhammad memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah
- Sementara orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar
- Hijrah berjaya menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan suku
Tujuan Hijrah
- Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu
- Dalam wahyu itu Allah telah menyatakan tentang niat dan pakatan Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah telah memerintahkan baginda berhijrah dengan segera
- Perintah ini berasaskan ayat Al-Quran iaitu surah al-Anfal telah mempercepat penghijrahan baginda ke Madinah
- Dengan perlindungan Allah, baginda dan sahabat baginda Abu Bakar Al Siddiq telah sampai ke Madinah dengan selamat
- Tujuan lain penghijrahan adalah untuk meneruskan penyebaran Islam
- Di Makkah ancaman daripada Arab Quraisy telah menggugat kegiatan penyebaran Islam
Konsep Hijrah
- Berasal daripada perkataan Arab iaitu berpindah
- Hijrah bererti perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dengan tujuan memperkukuh kedudukan Islam dan sebagai strategi baru untuk menyebarkan Islam
- Pengertian hijrah yang lebih luas dan mendalam adalah perjuangan bagi menegakkan kebenaran serta meninggalkan keburukan dan kejahatan
- Hijrah juga dilambangkan dengan semangat ingin berubah terutamanya perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku
- Penghijrahan baginda ke Madinah bermula apabila baginda berjaya melepaskan diri daripada pemuda Quraisy yang mengepung rumah baginda
- Sebelum itu, sepupu baginda iaitu Ali bin Abu Talib telah menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda
- Setelah keluar dari rumah baginda telah menemui Abu Bakar al-Siddiq dan menyatakan tentang perintah Allah supaya berhijrah ke Madinah
- Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat
Tokoh-tokoh Penting
- Abdul Rauf Singkel - Ulama Acheh yang telah menghasilkan karya tentang pemikiran Islam
- Emanuel Gadinho Eredia - Mengemukankan teori tentang Islam tersebar ke Asia Tenggara menerusi China
- John Crowford - Mengemukan teori Islam berkembang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab
- Raja Malik al-Salih - Raja Pasai yang telah memeluk Islam dan ini menyebabkan para pembesarnya turut memeluk Islam
- Snouck Hurgronje - Sejarawan Belanda yang mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi India
- S. Q. Fatimi - Mengatakan Islam tersebar ke Asia Tenggara menerusi China
- Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam - Sultan Acheh yang agung dan semasa pemerintahannya Acheh menjadi kuasa kuat di Asia Tenggara
- Sultan Mansur Syah - Sultan Melaka yang pernah mengirimkan kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera Pasai untuk diterjemahkan
Adat Temenggung
- Berasal dari Palembang, Sumatera
- Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan
- Diamalkan di semua negeri Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan Naning
- Berasaskan sistem patrilinel iaitu lebih mementingkan jurai keturunan bapa
- Dalam pembahagian harta pusaka, anak lelaki lebih diutamakan daripada anak perempuan
- Bebas berkahwin dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar ketetapan hukum
- Mulanya adat ini dipengaruhi oleh ajaran Hindu, kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam oleh Mazhab Shafie
- Mengamalkan sistem politik autokratik
- Undang-undang ketat yang bertujuan menghukum
Adat Perpatih
- Berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera
- Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang
- Diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning
- Bersifat matrilinel
- Anak perempuan diberikan hak mewarisi harta
- Perkahwinan sesama suku dilarang
- Disesuaikan dengan hukum syarak setelah kedatangan Islam
- Undang-undang berperikemanusiaan
Perlembagaan Rakyat
- Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
- Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab terhadap rakyat
- Kerajaan pusat dan Majlis Negeri-negeri dipilih
- Pertahanan dan hal ehwal luar negeri tanggungjawab terhadap rakyat
- Keistimewaan orang Melayu diwujudkan
- Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
- Kerakyatan yang sama rata
- Merah putih latar belakang bendera Tanah Melayu
- Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
- Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu
Subscribe to:
Posts (Atom)



















