Showing posts with label sejarah tokoh. Show all posts
Showing posts with label sejarah tokoh. Show all posts
Tokoh-tokoh Penting
Sultan Alaudin Riayat Syah
- Seorang sultan yang menjalankan tugas dengan cekap dan berani
- Baginda memerintah dari tahun 1477 hingga tahun 1488 dan mentadbirkan negeri Melaka dengan berkesan
- Undang-undang dilaksanakan dengan tegas
- Kadang kala baginda bersama seorang dua pengiring keluar menyamar diri pada waktu malam
- Baginda tidak bergantung pada laporan pegawai-pegawai sahaja
- Sultan Alaudin mendirikan pondok kawalan di simpang jalan. Penduduk Melaka boleh mengadu hal dengan senang dan berasa selamat
- Contoh pemerintahan Sultan Alaudin ini menunjukkan kemajuan pentadbiran kerajaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
Tun Perak
- Tun Perak adalah pembesar Melaka yang terkenal
- 1456 Tun Perak menjadi Bendahara Melaka
- Kebijaksanaan menyerlah setelah menjadi Bendahara Melaka
- Keberanian terbukti apabila Tun Perak mengetuai serangan ke atas Pahang
- Pahang di bawah naungan Siam telah dapat dikalahkan
- Tun Perak merupakan pemimpin yang amat setia kepada raja
- Tun Perak tidak menderhaka atau menuntut bela atas pembunuhan anaknya Tun Besar oleh Raja Muhammad
- Tun Perak tidak melantik Raja Muhammad sebagai pengganti Sultan Melaka
- Raja Muhammad telah dihantar ke Pahang
Rentap Wira Sarawak
- Nama asal Rentap ialah Libau yang membawa maksud pengoncang dunia
- Beliau juga digelar Raja Darat
- Rentap merupakan pemimpin masyrakat Iban di Sungai Saribas dan Sungai Skrang
- Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun
- James Brooke mendidirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban
- Rentap berjaya menyerang kubu James Brooke
- Kejayaan ini telah mengharumkan namanya
- James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok
- Rentap berundur ke Entabai dan meninggal dunia
Tokoh-tokoh Yang Berjasa
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
- Beliau dilahirkan di Kedah pada tahun 1903
- Beliau mendapat pendidikan di England dalam bidang undang-undang
- Sumbangan terbesar beliau adalah berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara kita daripada kerajaan British
- Beliau telah mengetuai rombongan ke London untuk kemerdekaan
- Tunku menjadi Perdana Menteri negara kita yang pertama dari tahun 1957 hingga 1970
- Beliaulah yang mencadangkan penubuhan Malaysia
TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN
- Beliau di lahirkan di Pulau Keladi, Pahang pada tahun 1922
- Tun Abdul Razak berkelulusan undang-undang dari London pada tahun 1949
- Pada tahun 1957, Tun Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri yang pertama
- Beliau banyak melaksanakan pembangunan negara melalui Rancangan Dasar Ekonomi Baru
- Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970
- Oleh sebab itu, beliau digelar 'Bapa Pembangunan Malaysia'
DATO' ONN JA'AFAR
- Beliau dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 1895, dan mendapat pendidikan di England selama 8 tahun
- Beliau mencadangkan diadakan Kongres Melayu pada 1 hingga 4 Mac 1946
- Dato' Onn ialah pengasas penubuhan UMNO pada tahun 1946 dan menjadi presidennya yang pertama
- Kejayaan UMNO menggagalkan Malayan Union yang menjadi perintis ke arah kemerdekaan negara
Subscribe to:
Posts (Atom)







