Kedatangan Portugis

  • Portugis kuasa pertama meneroka seberang laut
  • Vasco Da Gama sampai ke Goa pada tahun 1498
  • Sebab-sebab kedatangan Portugis ke Melaka ialah Gold, Gospel and Glory
  • Tujuan untuk menyebarkan agama Kristian, menguasai perdagangan rempah dan meluaskan tanah jajahan sebagai kemegahan
  • Lopez de Sequeira dan rombongan sampai ke Melaka pada tahun 1509
  • Kedatangan disambut baik oleh Sultan Mahmud
  • Maklumat diperolehi daripada pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat menyatakan Portugis ingin menawan Melaka
  • Sultan Mahmud menitahkan Ruy de Araujo dan 20 orang Portugis ditangkap dan dipenjarakan
  • Lopez de Sequeira berjaya melarikan diri
  • Alfonso de Albuquerque memberi amaran
  • Beliau menuntut agar orang Portugis dibebaskan, pembiayaan ganti rugi dan membina kubu



0 comments:

Post a Comment