Konsep Hijrah

  • Berasal daripada perkataan Arab iaitu berpindah
  • Hijrah bererti  perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dengan tujuan memperkukuh kedudukan Islam dan sebagai strategi baru untuk menyebarkan Islam
  • Pengertian hijrah yang lebih luas dan mendalam adalah perjuangan bagi menegakkan kebenaran serta meninggalkan keburukan dan kejahatan
  • Hijrah juga dilambangkan dengan semangat ingin berubah terutamanya perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku
  • Penghijrahan baginda ke Madinah bermula apabila baginda berjaya melepaskan diri daripada pemuda Quraisy yang mengepung rumah baginda

  • Sebelum itu, sepupu baginda iaitu Ali bin Abu Talib telah menawarkan diri untuk tidur  di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda
  • Setelah keluar dari rumah baginda telah menemui Abu Bakar al-Siddiq dan menyatakan tentang perintah Allah supaya berhijrah ke Madinah
  • Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat

0 comments:

Post a Comment