Soalan Bab 4 Ting 5

  • Berikan 2 ciri Malayan Union ?
  • Mengapakah orang Melayu membantah Malayan Union ?
  • Apakah cara yang digunakan oleh orang Melayu untuk menentang Malayan Union ?
  • Nyatakan 3 ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948?
  • Siapakah yang menganggotai Persekutuan Tanah Melayu ?
  • Sebutkan nama pemimpin Melayu yang terlibat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

  • Mengapakah pemimpin dan persatuan tempatan menentang penyerahan Sarawak?
  • Apakah alasan Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada British?




Soalan Bab 3 Ting 5

  • Berikan contoh alat kebesaran diraja yang menjadi lambang Kesultanan Melayu Melaka?
  • Senaraikan perkara yang tercatat dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ?
  • Siapakah yang memilih Menteri Besar Johor?
  • Nyatakan dua syarat untuk menjadi Sultan Johor ?
  • Berapakah bilangan badan Jemaah Menteri di Kelantan?
  • Nyatakan bilangan pembesar yang menganggotai setiap Jemaah Menteri?
  • Berikan 2 badan Jemaah Menteri yang terdapat dalam Sistem Jemaah Menteri ?
  • Apakah tugas Jemaah Menteri Dalam Negeri?

Soalan Bab 2 Ting 5

  • Berikan nama tokoh-tokoh yang telah melakukan penentangan terhadap British di Tanah Melayu ?
  • Nyatakan 3 sebab berlakunya penentangan terhadap British ?
  • Apakah dua langkah yang diperkenalkan oleh British yang sukar diterima oleh penduduk tempatan ?
  • Siapakah residen Inggeris yang telah dibunuh kerana campur tangan dalam adat resam tempatan ?
  • Apakah faktor kekalahan Dol Said dan pengikutnya pada tahun 1832?
  • Siapakah tokoh yang menentang British di Pahang?
  • Berikan 4 faktor penentangan British di Pahang ?
  • Siapakah tokoh British yang dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islah?
  • Senaraikan akhbar dan majalah yang menjadi saluran Gerakan Islah?
  • Mengapakah Kaum Muda mengkritik raja dan pembesar Melayu 

Soalan Bab 1 Ting 5


  • Apakah definisi imperialisme ?
  • Nyatakan kuasa imperialisme yang pernah menjajah negara kita?
  • Nyatakan kuasa-kuasa Barat yang terlibat dalam imperialisme di Asia Tenggara?
  • Mengapakah sistem encomienda tidak dapat diterima oleh penduduk tempatan?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
  • Nasionalisme di Asia Tenggara dibahagikan kepada dua tahap. Nyatakan dua tahap nasionalisme di Asia Tenggara?
  • Apakah pengaruh luar yang mencetus semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

  • Senaraikan 4 faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
  • Nyatakan dua tokoh nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara

Sultan Alaudin Riayat Syah


  • Seorang sultan yang menjalankan tugas dengan cekap dan berani
  • Baginda memerintah dari tahun 1477 hingga tahun 1488 dan mentadbirkan negeri Melaka dengan berkesan
  • Undang-undang dilaksanakan dengan tegas
  • Kadang kala baginda bersama seorang dua pengiring keluar menyamar diri pada waktu malam
  • Baginda tidak bergantung pada laporan pegawai-pegawai sahaja
  • Sultan Alaudin mendirikan pondok kawalan di simpang jalan. Penduduk Melaka boleh mengadu hal dengan senang dan berasa selamat
  • Contoh pemerintahan Sultan Alaudin ini menunjukkan kemajuan pentadbiran kerajaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

Tun Perak

  • Tun Perak adalah pembesar Melaka yang terkenal
  • 1456 Tun Perak menjadi Bendahara Melaka
  • Kebijaksanaan menyerlah setelah menjadi Bendahara Melaka
  • Keberanian terbukti apabila Tun Perak mengetuai serangan ke atas Pahang
  • Pahang di bawah naungan Siam telah dapat dikalahkan
  • Tun Perak merupakan pemimpin yang amat setia kepada raja
  • Tun Perak tidak menderhaka atau menuntut bela atas pembunuhan anaknya Tun Besar oleh Raja Muhammad
  • Tun Perak tidak melantik Raja Muhammad sebagai pengganti Sultan Melaka
  • Raja Muhammad telah dihantar ke Pahang


Sultan Melaka



  • Parameswara  ( Iskandar Syah ) (1400 hingga 1414)
  • Sultan Megat Iskandar Syah (1414 hingga 1424)
  • Sultan Muhammad Syah (1424 hingga 1444)
  • Sultan Abu Syahid (1445 hingga 1459)
  • Sultan Muzaffar Syah (1459 hingga 1477)
  • Sultan Alauddin Riayat Syah (1477 hingga1488)
  • Sultan Mahmud Syah (1488 hingga1511)
  • Sultan Ahmad Syah (1511 hingga1513)

Hukum Kanun Melaka

  • Tanggungjawab raja dan pembesar
  • Hukum jenayah dan hal awam
  • Undang-undang keluarga
  • Larangan-larangan diraja misalnya larangan menggunakan bahasa istana di kalangan rakyat
  • Undang-undang Islam dan hukum adat


  • Hal di laut iaitu kedudukan pegawai di atas kapal semasa pelayaran
  • Kuasa pegawai-pegawai
  • Hukum pembahagian hak perniagaan
  • Hukum dan larangan dalam pelayaran
  • Dipengaruhi oleh undang-undang Islam dan hukum adat

Faktor Penyebaran Islam




  • Pedagang asing memeluk Islam di Melaka dan apabila pulang mereka mengembangkan Islam kepada keluarga dan rakan
  • Puteri-puteri Sultan mengahwini raja negeri lain menyebabkan negeri-negeri diislamkan
  • Negeri yang ditakluk menerima Islam sebagai agama rasmi dan rajanya memeluk Islam demi keselamatan, mengharapkan hubungan perdagangan dengan Melaka lebih lancar
  • Melaka menghantar ulama untuk berdakwah dan mengajar agama Islam
  • Askar upahan Jawa yang berkhidmat di Melaka memeluk Islam dan apabila pulang mereka menyebarkan Islam di kalangan keluarga
  • Galakan pemerintah Melaka membantu perkembangan Islam

Perkembangan Melaka

  • Kedudukan yang strategik
  • Perairannya yang dalam sesuai sebagai pelabuhan
  • Pentadbiran yang cekap dan tersusun
  • Pelaksanaan undang-undang yang kemas
  • Pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu Sistem Cukai Berkeutamaan
  • Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan
  • Peluasan wilayah Melaka dapat menambahkan kegiatan perdagangan
  • Penggunaan mata wang
  • Kemudahan yang banyak untuk pedagang





Kedatangan Portugis

  • Portugis kuasa pertama meneroka seberang laut
  • Vasco Da Gama sampai ke Goa pada tahun 1498
  • Sebab-sebab kedatangan Portugis ke Melaka ialah Gold, Gospel and Glory
  • Tujuan untuk menyebarkan agama Kristian, menguasai perdagangan rempah dan meluaskan tanah jajahan sebagai kemegahan
  • Lopez de Sequeira dan rombongan sampai ke Melaka pada tahun 1509
  • Kedatangan disambut baik oleh Sultan Mahmud
  • Maklumat diperolehi daripada pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat menyatakan Portugis ingin menawan Melaka
  • Sultan Mahmud menitahkan Ruy de Araujo dan 20 orang Portugis ditangkap dan dipenjarakan
  • Lopez de Sequeira berjaya melarikan diri
  • Alfonso de Albuquerque memberi amaran
  • Beliau menuntut agar orang Portugis dibebaskan, pembiayaan ganti rugi dan membina kubu



Lagu Biru Warna



Kami anak alam insan tuhan 
Ngembara langit biru mencari ilmu
Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera
UNIUTAMA ibu yg tercinta
Kami lanjut doa usia bahagia
Kami janji ikuti pesanmu
ILMU BUDI dan BAKTI

Lagu Negaraku




Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita 
Selamat bertahta
Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita 
Selamat bertahta...

Kata-Kata Hikmah

Pesanan Cikgu

Soalan Bab 4 Ting 4


  • Apakah maksud jahiliah?
  • Nyatakan corak kehidupan sosial yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah?
  • Mengapakah amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
  • Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. disebut Tahun Gajah?
  • Nyatakan pengalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perdagangan?
  • Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w digelar al-Amin?

Soalan Bab 3 Ting 4

  • Apakah bukti yang menunjukkan perdagangan maritim telah berkembang di Asia Tenggara pada abad kelima Masihi?
  • Senaraikan faktor yang membawa kepada kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara?
  • Senaraikan tiga ciri utama kerajaan agraria?
  • Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria?
  • Mengapakah Tasik Tonle Sap penting kepada kehidupan masyarakat Angkor?

Soalan Bab 2 Ting 4

  • Mengapakah Athens memberikan tumpuan kepada kegiatan ekonomi perdagangan?
  • Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan pada zaman Vedik dalam tamadun India
  • Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian?
  • Apakah sumbangan Herodotus dalam bidang sejarah?


Tamadun Rom


  • Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah Latium
  • Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M. lembah ini telah berkembang dan menjadi penting
  • Pada abad kedua Masihi pemerintah Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar
  • Majlis Perbandaran akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom
  • Kewujudan majlis perbandaran telah membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar 
  • Antara bandar yang terkenal ialah Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan

Tamadun Yunani

  • Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean
  • Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai kota atau polis
  • Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar
  • Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana
  • Negara kota yang menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth