Kepentingan Hijrah

  • Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada masa kini
  • Selepas hijrah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan secara terbuka seperti di Makkah
  • Hijrah memberikan peluang kepada Nabi Muhammad S.A.W. mendamaikan suku Arab di Madinah yang bersengketa iaitu suku Aus dan Khazraj
  • Penghijrahan telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
  • Hubungan ini terjalin melalui sikap yang ditunjukkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah tidak berasa asing
  • Berjaya menyatukan kedua-dua golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial
  • Nabi Muhammad memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah
  • Sementara orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar
  • Hijrah berjaya menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan suku

0 comments:

Post a Comment