Mata Wang

  • Penggunaan mata wang sebagai perantaraan nilai barangan memudahkan urusan perdagangan dan jual beli
  • Sistem mata wang digunakan sebagai alternatif kepada sistem pertukaran barang atau barter
  • Pada waktu ini negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang yang diperbuat daripada timah
  • Mata wang timah Melaka pada pemerintahan Sultan Melaka keempat berbentuk bulat dan seberat satu kati lapan tahil
  • Di Johor mata wang timah dikenal sebagai katun
  • Negeri Kedah mengeluarkan mata wang timah sejak abad ke-17
  • Mata wang ini adalah untuk kegunaan tempatan. Mata wang ini berbentuk ayam jantan
  • Mata wang emas ini digunakan secara meluas di Kedah dan Johor pada abad ke 16
  • Mata wang emas digunakan di Kelantan dikenal sebagai kijang kerana gambar kijang terdapat pada muka wang emas tersebut


0 comments:

Post a Comment